Posts

PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA

  Sinopsis   Cerita dimulakan dengan kisah sepasang suami isteri yang miskin telah berjalan-jalan mengelilingi negeri lalu pergi berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa. Setelah dilihat oleh orang ramai akan pasangan yang memakai pakaian carik itu, mereka telah melemparkan kayu dan batu ke arah pasangan miskin tadi hingga menyebabkan tubuh suami isteri itu bengkak-bengkak dan berdarah. Betara Angkasa Indera Dewa telah mengarahkan mereka mengusir pasangan miskin itu. Hal ini telah menyebabkan pasangan miskin tadi melarikan diri ke dalam hutan. Dalam perjalanan pulang, pasangan itu telah terjumpa tempat orang membuang sampah. Takdir Allah telah menentukan mereka untuk berjumpa dengan sebiji ketupat basi dan buku tebu lalu dimakannya. Pasangan miskin ini mengambil keputusan untuk tidur di sana. Pada hari yang berikutnya, pasangan ini mencuba nasib lagi untuk meminta makanan tetapi masih gagal. Melihat isterinya yang sakit, Si Miskin masuk ke dalam hutan untuk mencari ubat dan pucuk kayu

cerpen bawod

Sinopsis Beluntung murid darjah enam di Sekolah Rendah Kerajaan Timbang Pasir. Beluntung tinggal di Kampung Layong yang terletak berhampiran dengan Sungai Layong. Beluntung mempunyai dua ekor haiwan yang amat disayanginya, iaitu Bawod,seekor kambing dan Tuyog,seekor kerbau. Beluntung mahu menjadi murid yang pandai dan dia berusaha gigih untuk memperoleh ilmu. Beluntung terpaksa melalui enam batang sungai untuk sampai ke sekolahnya. Beluntung ke sekolah dengan menunggang Tuyog. Bawod sangat takut akan air, namun lama-kelamaan Bawod dapat menyeberangi sungai berkat kegigihannya. Peristiwa itu memberikan semangat kepada Beluntung untuk berusaha dengan gigih demi mencapai kejayaan. Di kelas, kawan-kawan Beluntung mengejeknya kerana badannya berbau seperti kerbau. Beluntung tidak mempedulikan ejekan kawannya kerana dia sememangnya datang ke sekolah dengan menunggang kerbau. Pada masa rehat, Beluntung mencari Bawod dan Tuyog. Tuyog seperti hilang arah apabila melihat Bawod tiada. Beluntung m

CERPEN GERHANA MANUSIA (Aminah Mokhtar) TINGKATAN 5

SINOPSIS Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar mengisahkan kesibukan di Wad ICU sebuah hospital. Ketika itu, di wad ICU terlantar Tuan Dayusa yang sedang mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru akibat gaya hidupnya yang tidak sihat. Tuan Dayusa memerlukan pek darah yang banyak untuk meneruskan hidup. Nusia seorang jururawat yang bertugas membantu Dr Prajudi dan Dr Moralis di Wad ICU yang menempatkan Tuan Dayusa. Dr Prajudi dan Dr Moralis  bertanggungjawab merawat semua pesakit di wad tersebut.  Ketika itu, terdapat beberapa orang pesakit lain yang memerlukan  darah untuk membantu merawat mereka. Antaranya ialah Solehah yang tenat akibat keguguran dan Al-Hafiz pula terlibat dalam kemalangan yang teruk. Pada wad yang sama terdapat seorang bayi yang dibuang di tepi jalan dan telah cedera digigit oleh anjing liar. Selain itu, terdapat seorang gadis yang menjadi mangsa sumbang mahram oleh ayahnya dan seorang mahasiswa yang mengidap leukimia.  Nusia telah dipertanggungjawab untuk m

Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil : Sinopsis Cerpen Tingkatan 5

  SINOPSIS Ahamad Mutawakkil seorang pejuang nasionalis berjuang membebaskan negara daripada penjajah Inggeris dan PKM (Parti Komunis Malaya). Ahamad telah ditemui dalam keadaan cedera parah oleh penduduk kampung semasa mereka selesai sembahyang maghrib di surau. Imam Ngah Deraman dan Penghulu Ibrahim Sigap memapah Ahamad yang cedera di bahu serta membaringkannya. Ahamad tercungap-cungap dan akhirnya pengsan. Kampung Ahamad telah diterokai sejak tiga generasi yang berkebun dan bertanam padi. Pada tahun 30-an Tuan Booth datang ke situ dan meneroka hutan dengan mengupah beratus-ratus buruh untuk menanam getah. Ahamad menjadi yatim piatu apabila bapanya, Wak Sadir meninggal dunia. Ahamad terpaksa hidup menumpang Tuan Booth selama 3 tahun. Pada tahun 1941, Jepun telah menjajah Tanah Melayu. Tuan Booth terpaksa berpindah dan kekejaman Jepun menjadikan penduduk hidup susah. Ahamad telah dijadikan anak angkat oleh Imam Deraman. Beliau mengajar Ahamad termasuklah bercakap bahasa Inggeris

Cerpen Legasi Tapai Ubi Cerpen Tingkatan 3

Sinopsis  Sejak kecil lagi, Parjo membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi. Sebut sahaja ‘tapai ubi Wak Salikon’ semua orang sudah tahu dan nama Parjo sudah sebati dengan makanan tersebut sehinggakan rakan-rakan sekolah menggelarnya ‘Parjo Tapai’. Proses membuat tapai ubi agak rumit, kerana banyak pantang larang yang perlu dipatuhi, antaranya adalah tidak boleh memberitahu orang semasa membuat tapai, elakkan daripada terkena kotoran atau minyak dan tidak boleh membuat bising kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi.   Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya sehingga ke menara gading. Setelah tamat belajar di matrikulasi selama dua tahun, Parjo berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Profesor Haidar telah memberi tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian bagi membuktikan tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser. Kajian telah dilakukan dengan teliti dan akhirnya dia mendapati tapai ubi dapat menghasilkan bakteria yang sangat berman